Kisah pendek mengenai nafsu dan akal
Bulan Ramadhan dah nak habis dan Hari Raya Puasa dan semakin menghampiri.Sepanjang bulan korang berlapar mungkin korang ada terdengar mengenai lapar dapat melentur nafsu.Baiklah terdapat kisah pendek mengenai lapar dapat melentur nafsu. Kisah ini bermula sebelum terciptanya manusia pertama iaitu Nabi Adam.Sebelum Allah SWT memasukkan nafsu dan akal ke dalam Nabi Adam,Allah SWT memberi ujian kepada nafsu dan akal.Setelah Allah SWT meciptakan akal,Allah bertanyakan kepada akal:
image credit-kmnuundip.blogspot.com
image credit-kmnuundip.blogspot.com
"Siapakah kamu,siapakah aku?" Maka akal menjawab "Aku merupakan hambamu yang lemah,engkau pula merupakan tuhanku yang Maha Berkuasa."
Ini menunjukkan bahawa akal amat taat kepada Allah.Kemudian Allah bertanya soalan yang sama kepada nafsu setelah Allah menciptakan ia.
"Siapakah kamu,siapakah aku?"
Maka dengan sombong nafsu menjawab "Aku ialah aku,engkau ialah engkau."
Allah SWT murka dan memasukkan nafsu dalam neraka panas untuk tempoh yang lama.
Allah mengeluarkan nafsu dari neraka panas dan bertanyakan kepada nafsu soalan yang sama.
Maka dengan ego nafsu menjawab "Aku ialah aku,engkau ialah engkau."
Allah berasa murka dan memasukkan nafsu dalam neraka sejuk untuk tempoh yang lama.
Allah SWT mengeluarkan nafsu dari neraka sejuk dan bertanya kepada nafsu soalan yang sama.
Maka dengan sombong nafsu menjawab "Aku ialah kau,engkau ialah engkau,"
Akhirnya Allah memasukkan nafsu ke dalam neraka lapar untuk tempoh yang lama.
Allah mengeluarkan nafsu dari neraka lapar dan bertanyakan soalan yang sama.
"Siapakah kamu,siapakah aku?"
Nafsu yang lemah kerana berasa lapar dan dahaga menjawab "Aku merupakan hambamu yang lemah,engkau pula merupakan tuhanku yang Maha Berkuasa,"
Kesimpulannya untuk melenturkan nafsu,kita tidak perlu membakar atau membekukan ia sebaliknya dengan menahan diri dari makan minum dan berasa lapar dahaga dengan nama lain PUASA.Semoga korang dapat iktibar dan pengajaran dari kisah ini.Jadi jangan pula ada yang ponteng puasa kecuali ada sebab yang boleh diterima,nanti tak boleh raya.Memandangkan Hari Raya Puasa sudah dekat saya ingin memohon maaf jika ada silap,typo,terkasar bahasa dan sebagainya.Jadi saya ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR DAN BATIN.
p.s.-apa yang admin tulis diatas berdasarkan ilmu saya dan saya ada ambil sikit maklumat dari redaksiislamku.blogspot.com serta terdapat beberapa maklumat yang tidak lengkap seperti tempoh nafsu dimasukkan kedalam nereka panas.jika diteliti banyak maklumat di atas yang tidak lengkap kerana terdapat pelbagai pendapat mengenai kisah ini.bukan itu sahaja,ada yang tidak menceritakan tentang neraka sejuk seperti redaksiislamku.blogspot.com.dan admin merasakan "neraka" di atas bukan bermaksud tempat tetapi keadaan sebagai contoh "neraka dunia komunis"
Comments
Post a Comment