Apakah itu Patogen
Pada hari ini,saya ingin berkongsi maklumat tentang Patogen.
Bagi pelajar biologi ataupun budak-budak Form 2 tahun 2018
mungkin dah faham pasal Patogen ni.
Tapi masih ramai rakyat Malaysia yang belum faham atau tahu tentang Patogen ni
Bagi pelajar biologi ataupun budak-budak Form 2 tahun 2018
mungkin dah faham pasal Patogen ni.
Tapi masih ramai rakyat Malaysia yang belum faham atau tahu tentang Patogen ni
Dalam biologi, patogen (Bahasa Yunani: πάθος pathos "penderitaan, semangat" dan -γενής -genēs "penghasil") merujuk kepada apa sahaja benda yang boleh menyebabkan penyakit istilah ini mula digunakan pada tahun 1880-an. Istilah ini biasanya digunakan untuk menggambarkan agen berjangkit seperti virus, bakterium, protozoa, prion, kulat, atau mikroorganisma yang lain.
Terdapat beberapa substrat termasuk laluan di mana patogen boleh menyerang perumah. Laluan-laluan utama ini mempunyai jangka masa yang berbeza, dengan pencemaran tanah mempunyai keupayaan membawa patogen paling lama atau paling bertahan. Penyakit yang disebabkan oleh organisme pada manusia yang dikenali sebagai penyakit berpatogen.
Kepatogenan adalah keupayaan patogen menyebab penyakit. Kepatogenan ini berkaitan dengan kevirulenan dalam arti, tapi beberapa pihak lainnya juga telah mengenalpastinya sebagai istilah kualitatif, sedangkan "kevirulenan" bersifat kuantitatif. Mengikut piawai ini, organisme boleh dikatakan berpatogen atau tanpa patogen dalam konteks tertentu, tapi tidak "lebih berpatogen" daripada organisma yang lain. Perbandingan seperti ini digambarkan sebaliknya dari segi kevirulenan yang relatif. Penyebaran penyakit juga berbeza daripada penjalaran virus yang menambahkan nilai risiko jangkitan.
Sesebuah patogen boleh digambarkan dari segi kemampuannya menghasilkan toksin, memasuki tisu perumah, menghasilkan koloni dan mengambil nutrisi perumah serta kemampuannya untuk mengimunotindas perumah.
Jenis-jenis Patogen
1 Virus contohnya (a) cacar
(b) influenza
(c) beguk
(d) campak
(e) cacar air
(f) ebola
(g) rubela
2 Kulat contohnya (a) saprofit yang memakan organisma mati dan boleh menyebabkan penyakit kepada manusia
Virus dapat dirawat dengan sebatian antivirus.
Rawatan atau pembasmian terhadap bakteria pula biasanya dijaga dengan antibiotik.
Sejumlah kecil patogen yang lemah digunakan dalam vaksin untuk mengekalkan imuniti pada tahap optimum serta memperkuatkan sistem pertahanan dalam perut sebagai persediaan terhadap kemungkinan bilangan virus yang lebih banyak dan banyak masuk ke dalam badan.Maksudnya kalau masukkan sikit patogen yang lemah ke dalam badan makabadan tidak akan terjejas malah askar dalam badan kita (darah putih/antibodi) akan bersiap sedia taku-takut ada lagi serangan musuh (patogen yang banyak dan kuat).
Saya juga ada upload video pasal Patogen untuk ditonton agar anda dapat lebih memahami tentang Patogen.
Sekian,terima kasih.
Comments
Post a Comment